Ads

loading...

Sunday, October 2, 2016

Powerkite - Hobi santai di hujung minggu.

Pengalaman bermain layang-layang ataupun wau memang sudah lama aku lalui. Beberapa pertandingan juga aku pernah menyertai walaupun tidak pernah menjuarainya, setidaknya ada juga sedikit pengalaman di pentas pertandingan wau tradisional.

Berbeza dengan wau tradisional, Power kite ataupun Traction kite antara permainan kesukaan aku. Cara pengendalian layang-layang ini tidaklah sesukar mana cuma keseimbangan tangan, kecepatan tindakan seseorang pengendalinya, keadaan angin dan sedikit kekuatan fizikal secara asasnya menjadi faktor utama untuk mengawal sesebuah power kite.

baru menaikkan sebuah power kite

Perempuan pun boleh main jika pandai seimbangkan kite ini.

Stunt kite yang tidak dapat dikawal dan menjunam terpacak ke tanah.

Bila sudah pandai mengawal keseimbangan power kite, mudah dan seronok melayannya.

Bersungguh-sungguh bermain kite.

Seorang rakan yang berjaya mengawal stunt kite yang baru pertama kalinya bermain.

Stunt kite agak liar jika kawalan kurang kemas dilakukan tambahan pula jika angin sedikit kencang.

Petang yang meriah dengan layang-layang.

Gaya kawalan seorang pakar....

tersenyum puas sahabat seorang ni.

Kali pertama bermain power kite membuatkan sesorang begitu teruja sampai nak menoleh untuk diambil gambar pun tidak sempat..

Junaman power kite yang membuatkan lutut bergegar.

Keadaan angin yang kuat membuatkan kawalan keatas sesebuah power kite itu menjadi sedikit sukar jika bermain pada aras yang rendah.

Keselamatan diutamakan !!!!

Keseronokan bermain permainan layang-layang ataupun kite yang bertali seperti ini haruslah diutamakan seperti menjaga tali utama daripada terkena leher rakan yang lain. Tambahan pula, power kite dan stunt kite menggunakan tali kevlar yang berkekuatan 150-300lbs yang mana jika terkena pada anggota badan semasa kite sedang menaik mahupun menjunam boleh mengakibatkan kecederaan yang serius serta boleh membawa maut.

Sekian sahaja perkongsian yang buat pertama kalinya di blog ini.






























CARA ATASI SAKIT GIGI

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI Sakit gigi memang perkara yang sangat menyakitkan. Silap ckapa dengan kawan pon boleh gaduh ahahahaha... be...