Ads

loading...

Wednesday, February 8, 2017

CARA MENGURANGKAN BAU GETAH SKRAP SECARA CEPAT.


Memang berbau busuk disebabkan proses pembekuan getah selepas getah ditoreh dan masuk ke dalam cawan penyimpanan. Bagi sesiapa yang bekerja melibatkan getah sekerap, pasti mengalami masalah cara menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bagaimana cara untuk menghilangkan bau ini.



Selepas menoreh getah atau memegang getah cair, biarkan ia kering dahulu kemudian gosokkan kedua-dua belah tangan sambil membuang saki baki getah yang melekat di tangan.


BUAH LIMAU PURUT


dINM
Buah Limau Purut

Ambil buah Limau Purut dan potong menjadi dua bahagian. Perahkan air limau tersebut pada tapak tangan serta sapukan juga dicelah jari dan kuku bagi membuang saki baki getah yg telah kering di celah jari. Biarkan selama 5-10 minit sehingga air limau tersebut kering kemudian bilas dengan air. Tidak sesuai digunakan jika terdapat luka luaran.



DAUN SIRIH



Daun Sirih


Sangat terkenal kegunaanya didalam perubatan tradisonal. Ambil 2 helai daun sirih, remukkan ditapak tangan dan gosok sehingga hancur. Air daun sirih tadi dapat mengurangkan bau getah tadi.


DAUN SERUNAI @ KAPAL TERBANG




AceShooter6

Daun Serunai@ Kapal terbang



Kaedah sama dengan daun Sirih diatas.



DAUN KUNYIT


AceShooter6
Daun Kunyit











Kaedah sama dengan daun Sirih diatas.


DAUN GETAH



AceShooter6
Pucuk daun getah

AceShooter6
Pucuk anak getah


Kaedah paling cepat jika tiada kesemua bahan diatas. Caranya adalah dengan mengambil daun getah yang lembut dibahagian pucuknya, letakkan sedikit air ditapak tangan dan gosokkan sehingga daun tersebut mengeluarkan airnya. Sapu air tersebut ke kawasan yang berbau masam getah sekerap tadi.


Diharap kaedah diatas dapat membantu anda semua menghilangkan atau mengurangkan bau getah sekerap yang agak menusuk hidung itu.

Jumpa lagi di artikel yang seterusnya!!

No comments:

Post a Comment

CARA ATASI SAKIT GIGI

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI Sakit gigi memang perkara yang sangat menyakitkan. Silap ckapa dengan kawan pon boleh gaduh ahahahaha... be...